|
Written by Mohd Izwan A. Rashid
|
|
Thursday, 19 March 2009 |
Assalamualaikum,
Lajnah Pembangunan Kerjaya sila manage and monitor jika ada ahli-ahli IMProf yang berminat.
Maklumat lengkap ada disertakan seperti dibawah, rujuk laman web MOHE
http://www.mohe. gov.my/webkpt_ v2/biasiswa_ bajetmini. php?m=3&navcode= NAV004&subcode=SUB005
|
|
Last Updated ( Friday, 20 March 2009 )
|
|
|
Written by Mohd Khusyairi Kusmaniirat
|
|
Thursday, 26 February 2009 |
|
TAJUK BUKU : SENI DALAM ISLAM
HJ ABDUL GHANI SAMSUDIN
ISHAK HJ SULAIMAN
ENGKU IBRAHIM ISMAIL
INTERL MULTIMEDIA AND PUBLICATION 2001
BAB 1 : SENI DALAM ISLAM
1.1- KONSEP SENI
Dari segi makna literal, seni ialah halus, indah atau permai. Dari segi
istilah, seni ialah segalayang halus dan indah lagi menyenangkan hati
serta perasaan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu, ia membawa
nilai halus, indah, baik dan suci : berguna dan bermanfaat serta
mempunyai fungsi dan nilai sosial.
Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia
yang menikmati keindahanitu. Ia dapat dirasa, ditanggapi dan dihayati.
Allah adalah sumber daya dan sumber pemikiran manusia manakala
imaginasi dan keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan
dari daya kreatif Allah. Oleh itu, seni boleh dibahagikan kepada 2 :
a) Seni ciptaan Allah
b) Seni ciptaan manusia
|
|
Last Updated ( Thursday, 26 February 2009 )
|
|
|
Written by Mohd Izwan A. Rashid
|
|
Thursday, 29 January 2009 |
|
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia.Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.
|
|
Last Updated ( Thursday, 29 January 2009 )
|
|
|
Written by Ahmad Nawawi B. Mustafa Al-Bakri
|
|
Sunday, 11 January 2009 |
|
Apabila terdengar azan kita pasti mengetahui ia adalah panggilan solat. Tapi, saat darurat, azan dilaungkan sebagai panggilan jihad atau bagi memenuhi keperluan hajat masyarakat yang penting seperti hebahan mengenai kematian seseorang penduduk kampung. Namun, mari tumpukan kepada azan sebagai seruan mendirikan solat. Ini kerana, tersebut dengan jelas dalam kalimah-kalimat yang tersusun itu seruan: 'Marilah menuju solat' dan diikuti seruan: 'Marilah menuju kejayaan'. Jadi, sudah tentu 'lagu' dan 'lirik'nya diciptakan untuk solat. Dalam suatu hadis, tersebut kisah di mana para sahabat sedang bermesyuarat bersama Baginda Rasulullah s.a.w untuk memutuskan kaedah yang sesuai untuk menyeru Muslimin menunaikan solat di masjid.
|
|
|